Saturday, February 28, 2009

For you…A Thousand Times

"Typical"momok rakan serumah

"Tiada isi…kata pelajar universiti tapi blog macam budak sekolah menengah" provokasi diteruskan

"Tulah typical blog budak universiti sekarang..." langsung menghabiskan komen sinisnya


SEDIKIT terjerut nafas. Komen pedas rakan serumah masih tergiang. Sedikit membantutkan hasrat membikin blog sendiri. Hasrat yang bergelora tatkala melihat rakan-rakan lain berlumba-lumba membina domain blog masing-masing. Mencari butir pengalaman diri untuk diisi.


Ada apa dengan blog?

Sebelum dilangsaikan tutur-tutur pena maya dalam Antalogi Marhaen ini, aku cuba mencari tapak kukuh komen tersebut. Bagi aku, ianya bukan hanya sekadar komen, lebih kepada provokasi untuk menjadi yang lebih baik. Tidak dapat tidak, bukan mudah untuk mengaku diri adalah lebih baik daripada orang lain. Tidak layak kiranya ingin mengaku membawa pembaharuan jauh sekali pembaikian dalam dunia blog ini…

Sudah ramai orang yang pergi jauh dengan blog masing-masing. Ada yang berdakwah, memotivasi, berkongsi ilmu, dan bagi yang berhijrah ke luar negara, pasti blog menjadi domain utama merakyatkan cerita pengalaman diri. Bagi aku sendiri, tidak ada cerita yang menarik untuk disajikan. Tiada pula wadah-wadah ilmu untuk dikongsi, jauh sekali menimbulkan perbahasan ilmiah sekitar pengalaman diri. Apa yang kuada untuk diberi?


Untuk apa aku menulis?

Aku seronok membaca. Aku mencintai ayat-ayat pelukis sastera. Mereka melukis zaman dan masa dengan pena akal kreatif masing-masing. Aku juga teringin melukis seperti mereka. Membina sebuah realiti sendiri.

Antalogi Marhaen, aku harap dapat dijadikan sebuah antalogi peribadiku. Sarat dengan dongengan hidup atas nama pena Fira Yusuf. Akan aku sajikan dengan cerpen-cerpen hidupku. Terpulang pada pembaca untuk menilai yang mana satu realiti atau fantasi. Atau mungkinkah tiada pembaca? Heh, terpulanglah…


For you…A Thousand Times

Bagi cerpenku yang pertama, aku ingin mengujakan sebuah cerita pendek dari sudut pandangan seorang abang, cerita mengenai anak Down's Syndrom. Cerpen ini ditulis berdasarkan pengalaman yang kukutip sewaktu di PDK Kajang lewat setahun yang lalu. Buat penghuni PDK Kajang, ini hadiah penghargaan buatmu…

Dan buat adikku, Ecah, for you, a thousand times…

5 comments:

Fadzlina Shukri said...

puitis. =)for me,it's not just another blogger. unik dan tersendiri.

::The Spinning Wheel:: said...

wow..
akhirnya antologi marhaen ini dikeluarkan setelah sejak beberapa bulan aku dengar akan kewujudannya..

bgus2! bawa perubahan melalui caramu tersendiri..(ayatmu sudah cukup buat org tertarik) Siapa sangka budak2 perubatan tidak mampu menjadi sasterawan?

buktikan kawan!

hani saad said...

wah..xtau nk ckp coz tkedu ngn ayat kt blog ni.however..tahniah!

A m a l said...

kau rasa macam kau biasa jer...

tapi aku rasa kau agak luarbiasa ar jugak..

bukan sebab kau berkwan ngan luqman dan zhorif..

sebab kau adalah kau...

sebab tu..

welcome to blogosphere..

Ummi Aini said...

usaha lg
sy ka baca blog wak
hehe